semalam aku round2 nilai naik motor..
harini pun..
main2 kat roundabout..
pusing2 nilai..
dalam perjalanan yang jauh tapi tak kemana tu....aku tersedar...
aku dah banyak sangat buat u turn dalam hidup..
banyak sangat..sampai tak tahu asal jalan mana yang aku amek..
kau pun kan?
banyak u turn..
banyak terlepas simpang..
banyak terlepas exit..
paling banyak kat aku,tersalah simpang..
yang mana patut ke kiri,aku ke kanan..
yang mana patut ke kanan,aku ke kiri..
sial..
banyak minyak(umur) habis sia2..
dahla duit(amal) pun xde..
minyak dah makin naik..
entah2 xsempat minyak habis,duduk bawah lori..sisa2 minyak yg ada sia2..minyak2 yang dah di gunakan tak bagi apa2 makna..sisa minyak tumpah..
lori(ajal)?ah..mungkin saja lori datang esok,atau lusa..atau bulan depan..
kereta dan motor melepasi kawasan kemalangan.............perlahan..
sang pemandu dan penumpang(teman teman)bercerita tentang kengerian kemalangan itu,dan mat mat rempit memuji betapa cantik(baik) motor(teman yg pergi) itu dan sayangnya telah digilis lori..dan pemandu2 BMW,Proton,Perodua mengeji2 motor itu dan tuannya,"itulah,jadi mat rempit lagi".
tak kurang juga pakcik2 yang menunggang motor namun berhasrat menaiki kereta,turut mengeji..
namun semua mereka hanya perlahan seketika,selepas itu mereka laju semula,meniti jalan masing2 ke destinasi masing2..
ada yang kerumah,bersama keluarga tersayang,ada yang ke kedai mamak,meluang masa bersama teman..yang pasti mereka akan lupa kemalangan itu esok..
paling lama pun,seminggu dua,mungkin kerana terperanjat..kemudian,mereka akan terus memandu dan menunggang tanpa phobia..
saat itu,hanya Tuhan yang tahu kemana dia dan balasannya..
No comments:
Post a Comment